Mahir Masak Minggu 12
31 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 30 Mac 2026 (Isnin), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak untuk minggu yang ke-12. Kelas ini telah disertai oleh dua orang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kedua-dua peserta telah menyertai kelas mahir masak ini secara atas talian dari rumah yang bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Untuk kelas minggu yang ke-12 ini, para peserta telah diperkenalkan dengan pembuatan bun (bun burger dan roti goreng). Para peserta dikehendaki untuk menyediakan sendiri bahan-bahan yang diperlukan untuk pembuatan bun pada minggu ini.
Diharap ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: